Monday, March 16, 2009

Tipu MC?

Aku baru MC last week. Tetiba teringat zaman-zaman MC time sekolah dulu.

Zaman sekolah dulu, macam-macam alasan kita buat semata-mata nak dapat MC and tak mau gi sekolah. Cirit-birit, sakit mata, pening kepala..
Waktu form 2, ada satu ketika tu, semua orang kena sakit mata. Yang tak kena virus sakit mata pun usaha pandang mata kawan semata-mata nak sakit mata. Siap ada yang cilok virus terus dari mata kawan tu lagi. Masa tu kelas aku helium 2, lebih dari separuh dapat MC and terus balik kampong (sebenarnya itu yang korang harapkan kan??) Aku dah pernah kena sakit mata, so aku elakkan dari terkena sakit mata. Unfortunately, aku kena sengat ngan tebuan, so aku dapat MC. Lepas tu, aku demam, dapat MC lagi. Tengah2 MC tu, kawan aku si Nurul Ziriah sakit mata. Dia pon duk lepak dalam bilik ngan aku. Dan aku terkena sakit mata lagi. Ish. Sedih tul rentetan MC aku.
Sepanjang aku di Maktab dan bersekolah di mrsm mzms dari 97-2001, aku jarang (jarang tau..) tipu doc untuk MC sebab aku takut kantoi…. Biasa aku memang sakit betul2.. paling teruk aku pernah demam pas orientasi form 4.. yerla, apa kejadah punya orientasi sampai duk dalam longkang. Lahanat tul!
Aku teringat kisah TOPAK yang tipu Cikgu Ayob sebab nak balik umah. Dia kata, nenek dia meninggal (aku agak pasti nenek dia dah meninggal lama),,,, so, cikgu Ayob pon approved. Then, beberapa bulan kemudian, dia tipu lagi cikgu Ayob, tapi guna alasan sama: nenek saya meninggal. Ha! Mampos ko, cikgu Ayob ingat seh, ko penah cakap nenek ko meninggal.. hehehe.. kantoi begitu sahaja..
by the way, aku rasa sekarang kita semua dah grown up, dah matured. erm, dah takder lagi kes nak tipu MC kan?? ( kan, betul kan??) lagipun bahaya tipu-tipu MC ni, kang sakit bebetul, nahas la korang.. Allah Maha Besar.. huhuhu

0 comments:

 
blog template by suckmylolly.com