Monday, January 26, 2009

pssstt. mereka ada hubungan cinta rupanya!

aku suka gak menggodek friendster bebudak maktab ni.. so, banyakla rahsia-rahsia yang terbongkar.. lagi-lagi sesaper yang couple dengan sesama budak maktab.. .. hihihihi...kantoi

duke radon dan eliza kripton.. terkejut gak. entah bila la korang start bercinta ek???

suhana jawahir @ su anne (batch 97-99) dan iskandar jais @ kandor.. ni couple cover baikk punya beb.. bila jumpa dan kenal, aku tak tau sebab dua2 lain generasi mrsm mzms.. bila mau langsung beb??

nur Adilla @ didi dan ikhwan @ manja.. couple sejak zaman sekolah.. aku rasa couple ni jer yang tahan dari zaman sekolah kan? baguslah.. nanti bile citer kat cucu-cucu "atuk dan nenek dulu satu class.." cucu pun jawab "oooo.. atuk ngan nenek bercinta time belajar ek?? "kantoi sioot... huhuhu... dengar-dengar dah nak ikat tali pertunangan.. cepat2la..


mereka yang sudah mengikat tali pertunangan

syed dan siti.. dengar-dengar nak kahwin bulan Mac 2009

shal dan tunang, dengarnya bulan April yer??

maru dan girl nya.. aku tak tau bila nak langsung..


mereka-mereka ni aku confirm dah bertunang dan akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi.. bila tarikhnya, korang akan tahu la kalau dapat kad undangan perkahwinan atau ada jemputan dalam friendster.. kalau tak dapat tu, paham-paham sendirila.. huhuhu
lainlain yang sempat aku korek diari cinta ialah:
1. firdaus @ daus xenon- dah bertunang tapi tak sempat korek bila langsung. tunang nya sungguh keibuan.. huhuu
2. mydin argon- erm.. lupa lak bila tarikh langsung, tapi dah bertunang la.. June ek ke akhir tahun??

mereka yng sudah mendirikan rmah tangga

Yati budak argon dan suami...

azura masdor (budak batch 97-99) dan suami

rosmaria dan suami


kadak neon 5 dan isteri bernikah ketika di UIA



mashita salleh @ eta (budak neon) selmat bernikah bulan 6 2008..




alin budak argon dan suami...





sebenarnya dah ramai kengkawan kita yang dah berkahwin.. ada yang kita tahu, ada yang kita tak tahu.. so, kat sini, aku senaraikan sesaper yang dah berkahwin tu.. ada yang siap gambar.. sesaper yang nak gambar kahwin di paparkan, hantarla kat aku ok??
yang lain-lain, setahu aku adalah:
1. ahmad amerol @ ganjus- dah ada anak seorang
2. izzudin shah- anak dah tiga pun
3. mafizoh (budak batch 97-99)
4. emon (aisehh.. lupa lak nama penuh dia), budak kripton

WADA balik Malaysia..


psssst... dengar khabar WADA ada balik Malaysia... berapa lama ko bercuti Wada??? contact2 la kami...


Saturday, January 17, 2009

Gathering @ Rugby Ansara Tournament







Tanggal 17-18 Jan 2009, berlangsung satu kejohanan Rugby Ansara bertempat di Padang Cobra, PJ Utara. Bebudak ex-MRSM Muadzam Shah batch kita ada mengambil satu team dan diorang ambik kesempatan untuk buat small gathering. Anis datang buat home made muffin aku dan bawak roti untuk diorang. Jay datang dengan air mineral dan jajan. Shal bawak air kotak dan power root. yang lain-lain puna da bawak makanan dna minuman . dah jadi macam berkelah la plak.. Izudin bawak anak dia yang latest (yang ketiga) name Natalia Aleesha yang sangat2 nice dan baik.. ramai yang sudi jadi baby sitter tak rasmi Aleesha.. smalam diorang cuma ada 2 game jer. yang mana kedua-dua game kalah. hampeh! diorang pun tak bermaksud untuk menang. its just a game and yang penting dapat gather ramai-ramai.. kan??
memang happening la. yang datang semalam adalah Anis, Shal (+tunang), Jay, Daus (+tunang), Mydin (+tunang), Izudin (+anak), Bear (+future wife datang lambat sket), Topak (+awek), Shamang, Alun, Badak, Zarul, Po'on, Pogie, Poyo, Fecca, Natalia Farehah,Apek, Iskandar dan Reza.. ada yang tertinggal tak???

harapnya aktiviti macam ni dikekalkan dan semoga boleh menjaga hubungan bebduak dalam batch kita. tak kisahla dah kawin atau dah berkeluarga atau amsih single, kita masih boleh berhubung. nice kan??

Tuesday, January 13, 2009

Salam & Hola

Assalamualaikum.
blog ni khas untuk ex bebudak MRSM Muadzam Shah batch 1997-2001. mana-mana yang keluar time form 3 atau masuk time form 4 atau kekal dari form 1 sampai form 5, kamu semua tergolong dalam batch 97-2001. tak der perasaan terkeluar dari batch or what so ever. hopefully kita boleh keep in touch selalu.

 
blog template by suckmylolly.com